Hannah Delisha Pilih Berehat Sepanjang Ramadan, Fokus Ibadah & Keluarga

Hanna delisha

Pelakon popular, Hannah Delisha, mengambil keputusan untuk berehat dari sebarang penggambaran sepanjang Ramadan kali ini bagi memberi tumpuan kepada ibadah dan menikmati bulan mulia dengan lebih tenang, lapor mStar Online.

hannah

Hannah berkata, “Tahun ini memang letak sasaran untuk tidak terjebak dengan sebarang penggambaran drama sepanjang Ramadan.”
Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat kerana sudah beberapa tahun berturut-turut sibuk dengan penggambaran, yang sangat memenatkan.

Bukan setiap tahun kita dapat peluang untuk benar-benar merasai bulan ini dengan tenang. InsyaAllah selepas raya nanti saya akan kembali berlakon,” tambahnya.

Walaupun berehat dari penggambaran, Hannah masih aktif dengan kempen-kempen Ramadan, namun tidak seperti sebelum ini yang mengharuskan beliau berada di set dari pagi hingga malam. Menurut pelakon itu, keadaan penggambaran sebelum ini membuatkan nikmat Ramadan sukar dirasai sepenuhnya.

suami hannah

Lebih manis, Hannah teruja kerana kali ini dapat menyambut Ramadan sepenuhnya bersama suami, Iman Shah.
Tahun ini dapat puasa dengan suami. Sebelum ini susah nak berjumpa, keluar pagi balik malam, bila balik suami dah tidur, katanya.

Sumber: mStar Online