Dj Kidd kongsi cara tenangkan wanita senggugut – “Kalau dia nak rumah, belikan sahaja”

Dj kidd

Perkongsian deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd mencuri perhatian ramai selepas berkongsi tip mudah berkaitan cara melayani wanita ketika mengalami haid.

Cara tenangkan wanita senggugut

dj kidd

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, DJ Kidd memuat naik foto bersama pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, yang dirakam dari sudut belakang.

Namun, kapsyen yang ditulis menjadi tumpuan netizen apabila rata-rata terhibur dengan pesanan bersahaja yang ditujukan kepada golongan lelaki supaya lebih bersabar ketika berdepan wanita yang mengalami masalah senggugut.

“Perempuan kalau period pain makan modal tau.
“Sabar ya lelaki semua, kalau sayang ikut je apa dia nak, kalau dia nak rumah baru kau beli je,” ciapan DJ Kidd, semalam.
DJ kidd

Oleh itu, dia berpendapat bahawa wanita yang mengalami kesakitan akibat haid memerlukan perhatian dan pengorbanan yang lebih dan meminta agar pasangan untuk lebih bersabar.