“Tahu kau tengah kesunyian”-Kak KM mahu berdamai dengan Kak Nona

Template Besar

Usahawan sensasi, Kak KM sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila secara terbuka meluahkan rasa rindu terhadap kakaknya, Kak Nona, yang sudah lama tidak ditemui dan turut bergelar usahawan.

Hasrat untuk berdamai

Screenshot 2026 02 10

Menerusi satu siaran langsung di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tampil bersama dua orang adik-beradiknya sambil merayu agar kakaknya itu sudi berkunjung ke rumahnya di Gombak bagi menenangkan fikiran.

“11,000 orang sedang menonton sekarang. Cuba bayangkan kalau Kak Nona ada sekali.

“Kak Nona, jangan stres. Datang saja ke sini. Sayang tahu kau tengah patah hati.

“Lebih baik kau datang Gombak, biar kami rawat hati dan jiwa raga kau yang dah penat. Mari sini, Kak Nona. Sayang tahu kau tengah kesepian,” katanya penuh emosi.

Situasi bertambah sayu apabila Kak KM dilihat tidak mampu menahan sebak sebelum dipeluk oleh dua lagi adik-beradiknya yang berada di sisi.

Screenshot 2026 02 10

Malah, dia turut memberi gambaran bahawa kakaknya kini tidak lagi bergelar isteri susulan dakwaan perpisahan dengan suami.

“Kak Nona, datanglah. Air yang dicincang takkan putus.

“Selama ini kau masih bersuami, jadi kami tak mahu ganggu kebahagiaan kau. Tapi sekarang sayang tahu kau tak okay.

“Datang saja. Sayang tunggu kau,” luahnya lagi.

Sebelum ini, hubungan antara dua beradik itu menjadi bualan apabila timbul spekulasi mendakwa mereka berselisih faham berkaitan urusan perniagaan sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang.

Sumber: TikTok ujisamkok