“Saya Hidup Dalam Ketakutan” – Bekas Isteri Ejai Dakwa Jadi Mangsa Dera Mental & Fizikal Selama 7 Bulan

Template gambar untuk berita (5)

Bekas isteri kepada penyanyi Ejai, vokalis kumpulan Azarra Band, tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang tujuh bulan bergelar isteri.

Menurut laporan Kosmo! Online, wanita dikenali sebagai Suraya Zainal, 41, mendakwa bukan sahaja didera secara mental, malah turut mengalami kecederaan fizikal setiap kali berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga mereka.

“Selama tujuh bulan kahwin, dia dera mental dan fizikal saya. Saya hidup dalam ketakutan, takut diceraikan,” luah Suraya.

2

Tambahnya, dia tidak berani bersuara atau menegur kerana bimbang perkara kecil akan bertukar menjadi pertengkaran besar.

“Saya tak boleh tegur, kecil hati atau bersuara sebab akan jadi perselisihan faham dan bergaduh. Perkataan yang akan keluar dari mulut dia hanyalah ‘cerai’,” katanya.

Suraya turut mendakwa setiap ugutan itu disusuli dengan kata-kata kesat, penghinaan serta pukulan, tanpa sebarang belas ihsan.

“Setiap kali itu dia akan maki, hina dan pukul saya,” katanya lagi.

Lebih menyedihkan, Suraya mendakwa dirinya sering direndah-rendahkan dan dihina dari segi maruah.

Ejai

“Dia panggil saya janda bodoh, tiada pelajaran dan kata dia boleh dapat perempuan lebih baik dari saya. Dia bangga dengan status artis dan nama dia, sedangkan saya dianggap bawah tapak kaki,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pendedahan ini nyata mengejutkan ramai pihak dan sekali lagi membuka mata tentang isu keganasan rumah tangga, termasuk yang berlaku dalam kalangan pasangan berprofil tinggi.

Jika anda atau orang terdekat menjadi mangsa keganasan rumah tangga, jangan berdiam diri. Bantuan dan sokongan wujud.

SUMBER : KOSMO ONLINE