Siti Nurhaliza Tersentuh Hati, Dengar Teaser Lagu Raya Aliff Syukri

datuk siti dan alif

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, mencuri perhatian apabila memberi bayangan bakal tampil dengan single raya terbaharu dalam masa terdekat.

Apa yang lebih mengejutkan, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meninggalkan komen pada video teaser lagu tersebut dan mengakui “hati saya sangat tersentuh” dengan nyanyian Aliff.

tokti komen

Tak cukup dengan itu, Ozlynn, isteri pelawak Johan, turut memuji keberanian Aliff yang berjaya menarik perhatian TokTi.

bini johan kommen


Apa pun awak memang nombor satu. Ini bukan berani kerana benar tapi awak berani buat sampai TokTi komen,” tulisnya.

Aliff Syukri tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan dirinya, menawarkan persembahan dengan harga RM35,000, dengan sedikit diskaun bagi yang bertuah.

Sebelum ini, Aliff juga berkongsi pandangannya tentang anak sulungnya, Qadejah El Zahra (Cess), yang kini semakin dikenali sebagai penyanyi. Menurutnya, Cess masih perlu memperbaiki beberapa aspek vokal meskipun prestasinya menunjukkan perkembangan positif.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris