“Mayatnya ditemui suda keras”- Tak Sambut Tahun Baru Cina, Adam Corrie Masih Bersedih Kehilangan Ibu

Adam kori

Pelakon Adam Corrie memilih untuk tidak menyambut Tahun Baru Cina tahun ini selepas pemergian ibu tersayang yang meninggal dunia pada Disember lalu.

Menurut laporan mStar Online, Adam mengakui dia masih berasa terkilan kerana tidak berada di sisi ibunya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, demi menghormati keluarga, dia juga tidak mengenakan pakaian berwarna terang seperti kebiasaan sempena perayaan tersebut.

“Untuk menghormati keluarga, saya tak boleh sambut dan pakai baju yang terang-terang sempena Tahun Baru Cina.

Saya sebenarnya mahu simpan kesedihan ini seorang diri. Perkara paling dirindukan adalah saya tak dapat jumpa ibu ketika dia meninggal,” katanya.

Adam turut berkongsi bahawa ketika kejadian, dia sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat ibunya di Taiping, Perak.

Lebih menyayat hati, pemergian ibu Adam pada awalnya tidak disedari oleh ahli keluarga terdekat, sebaliknya dimaklumkan oleh rakan arwah yang juga seorang pemandu e-hailing.

Menurut Adam, ibunya mempunyai rutin harian keluar berjalan setiap petang dan akan ditemani oleh rakan tersebut.

“Setiap hari memang akan panggil dia untuk bawa ibu saya. Tapi pada hari Khamis, kawan ibu telefon sebab ibu tak cari dia seperti biasa. Telefon tak dijawab, keesokan harinya pun sama,” jelasnya.

Bimbang dengan keadaan itu, rakan ibunya meminta izin adik Adam untuk masuk ke rumah bagi memeriksa keadaan.

Namun apa yang ditemui benar-benar mengejutkan.

“Bila masuk rumah, mayat ibu sudah keras. Tak tahu ibu meninggal hari apa,” katanya dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Adam berkata pemergian ibunya amat mengejutkan kerana arwah tidak pernah menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan.

Hasil siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan ibunya dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui, dengan ubat sakit perut berada di sisi.

“Polis kata semuanya okay dan tiada kes jenayah. Arwah tiada sakit apa-apa, sihat macam biasa. Cuma masa temui mayat, ada ubat sakit perut di sebelahnya,” katanya.

Sumber : mStar Online