“Kami Tidak Akan Benarkan Ruang Udara kami digunakan untuk serang Iran” – Putera Mahkota Arab Saudi

Template gambar untuk berita (4)

Arab Saudi menegaskan pendiriannya untuk tidak membenarkan ruang udara atau wilayah negaranya digunakan bagi sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran, sekali gus menepis sebarang spekulasi penglibatan negara itu dalam konflik serantau.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dalam satu perbualan telefon bersama Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) pada lewat Selasa.

3269312

Dalam perbualan itu, Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi menegaskan bahawa Riyadh menghormati sepenuhnya kedaulatan Republik Islam Iran, selain tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggunakan ruang udara atau wilayah Arab Saudi bagi melancarkan serangan ketenteraan, tanpa mengira destinasi.

“Arab Saudi tidak akan membenarkan penggunaan ruang udara atau wilayahnya dalam sebarang tindakan ketenteraan terhadap Republik Islam Iran,” titah baginda.

Baginda turut mengulangi sokongan Arab Saudi terhadap usaha penyelesaian melalui dialog, yang disifatkan sebagai langkah terbaik bagi memastikan keselamatan dan kestabilan rantau berkenaan.

B8b3a2c2 5397 49cc 91d1 bde89ae4ab13

Dalam pada itu, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menzahirkan penghargaan terhadap sokongan negara-negara Islam, termasuk Arab Saudi, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan serangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Tehran.

Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan ummah Islam, sambil menyatakan keyakinan bahawa kerjasama antara negara-negara Islam mampu membina rantau yang aman, selamat dan makmur.

“Saya percaya sepenuhnya bahawa negara-negara Islam adalah bersaudara dan bersama-sama kita mampu membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat kita,” katanya.

Iran

Pezeshkian turut mengkritik Amerika Syarikat dan Israel, yang didakwanya bersikap bermusuhan dengan mengenakan tekanan ekonomi, mencetuskan konflik serta menyokong kekacauan di Iran.

“Mereka menyangka Iran boleh menjadi seperti Syria atau Libya, tanpa memahami realiti dan kehebatan rakyat Iran,” katanya, sambil menegaskan bahawa kesedaran rakyat telah menggagalkan percubaan tersebut.

Beliau menambah bahawa Iran kekal terbuka kepada sebarang proses yang membawa kepada keamanan dan pengelakan konflik, selagi ia selari dengan undang-undang antarabangsa serta menghormati hak negara dan rakyat Iran.

Sumber : FMT