Cef selebriti dan penyanyi terkenal, Datuk Fazley Yaakob tampil menegur tindakan seorang pelawak yang didakwa membuat humor berunsur double meaning melibatkan pelakon Fazura, yang disifatkan sebagai tidak lagi relevan dan tidak sesuai untuk tontonan umum.
“Gone are the days bila lawak tahun 90an tu kelakar. Pasal ketat, kering dan basah untuk dimasukkan dalam lawak should stop dah sebenarnya! Semua ni tak sepatutnya jadi tontonan umum, budak-budak pun ada access pada benda yang sama kita tengok.
Dalam perkongsian Fazley Yaakob di laman Thread ramai netizen bersetuju dengan kata-kata Fazley.
Namun terdapat satu komen dari netizen menyatakan bahawa fan Fazura;
“tapi fans dia dah biasa n selalu hina Amira othman, lendir, si kemut, si bighah, soft porn , betina garit, si terung, apa ja yg dorang xbg hinaan ayat kat amira.”
Namun, menurutnya, perkembangan pemikiran dan nilai semasa menuntut penggiat seni lebih peka terhadap sensitiviti serta tanggungjawab sosial.
Tambah Fazley, sekiranya masih ada pihak yang gagal memahami perkara tersebut, tindakan terbaik adalah dengan berdiam diri berbanding terus menghasilkan kandungan yang tidak bermoral.
“Dulu lawak double meaning jadi kelakar sebab kita belum ada kesedaran yang kita ada sekarang, kalau masih belum sedar.. diam lebih mulia!