Kami tak mahu kalimah Islam dipermainkan – mainkan – Siti Zailah

nga kor meng

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, tampil lantang menegur pendekatan politik PAS yang disifatkannya cenderung menghalalkan segala tindakan sendiri, namun dalam masa sama mudah melabel perkara baik dilakukan pihak lain sebagai salah atau haram.

Teguran itu dibuat secara terbuka menerusi satu hantaran video di Facebook, dengan kapsyen yang mencuri perhatian ramai: “Jangan ikut tabiat PAS!”

MADANI Perlu Hormat & Ihsan, Bukan Hukum Sesuka Hati

Menurut Kor Ming, kerangka Malaysia MADANI menuntut nilai hormat dan ihsan, lebih-lebih lagi dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak memonopoli kebenaran atas nama agama atau kaum, apatah lagi menjadikannya senjata politik.

nga kor meng

“MADANI untuk semua. Perlu ditegaskan dalam kerangka MADANI itu ada hormat, dalam MADANI juga ada ihsan.

“Di masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, amalan saling menghormati itu penting dan rakyat tidak harus dipisahkan dengan faktor warna kulit mahupun kepercayaan ugama,” katanya.

Kor Ming turut menyindir sikap pembangkang dengan menyatakan:

“Jangan ikut tabiat parti PAS, semua yang dia lakukan halal, bila orang lain lakukan perkara yang baik pun dianggap haram.”

Isu Kalimah Arab Cetus Perbahasan Di Dewan Rakyat

Hantaran tersebut dibuat susulan perbahasan di Dewan Rakyat, apabila Kor Ming dipersoalkan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) berhubung penggunaan kalimah yang sinonim dengan umat Islam seperti Alhamdulillah dan Insya-Allah.

Dalam video itu, Kor Ming menegaskan beliau menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan menafikan dakwaan bahawa penggunaan kalimah tersebut bertujuan mempermainkan atau merendahkan kesucian Islam.

“Kita sebagai anak Malaysia, kita menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mana ada dipermain-mainkan perkataan seperti kurang elok,” jelasnya.

Kalimah Arab Bersifat Sejagat, Bukan Eksklusif

Menurut beliau lagi, istilah seperti Alhamdulillah dan Insya-Allah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud kesyukuran dan harapan, serta digunakan secara meluas dalam konteks sejagat.

“Dalam bahasa bersyukur lah. Dalam bahasa Arab, Alhamdulillah. Jangan kita selalu cenderung kepada isu yang bercanggah dengan perpaduan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan Dayak, dan semua perlu disatukan sebagai satu keluarga besar berteraskan saling menghormati.

datuk zaila

PAS Dakwa Isu Sentuh Sensitiviti Agama

Sementara itu, Siti Zailah berpandangan penggunaan kalimah berkenaan oleh bukan Islam boleh menimbulkan kekeliruan serta dilihat mencemarkan kesucian Islam.

“YB dalam penggulungan banyak guna kalimah orang Islam, nak sujud syukur, Alhamdulillah, bersyukur, adakah YB beriman?

Kami tak mahu kalimah ini dipermainkan,” katanya.

Beliau turut mendakwa isu itu menyentuh sensitiviti 3R (raja, agama dan kaum) yang perlu dijaga demi keharmonian negara.

sumber: facebook Nga Kor Ming