
Iran mempamerkan keupayaan ketenteraannya apabila Kor Pengawal Revolusi Islam, IRGC, mengeluarkan rakaman dron yang menunjukkan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Abraham Lincoln, beroperasi berhampiran Teluk Parsi.
Tindakan itu dilihat sebagai mesej amaran terbuka kepada Washington, ketika ketegangan serantau terus memuncak.
Rakaman yang disebarkan media rasmi Iran itu memaparkan imej jarak dekat USS Abraham Lincoln atau CVN-72, salah satu aset tentera laut paling berkuasa milik Amerika Syarikat.
Menurut IRGC, rakaman tersebut dirakam menggunakan dron pemantau canggih, sekali gus membuktikan keupayaan Iran untuk menjejak dan memantau pergerakan aset ketenteraan AS di perairan strategik Teluk Parsi.

Dalam kenyataan berasingan, IRGC dan angkatan tentera konvensional Iran, ARTESH, menegaskan bahawa mereka kini berada pada tahap;
“kami berada pada kesiapsiagaan penuh dan bersedia melancarkan tindakan balas sekiranya keselamatan negara terancam.“


Penganalisis keselamatan menyifatkan pendedahan rakaman ini sebagai satu isyarat ketenteraan dan psikologi, yang bertujuan menunjukkan kekuatan Iran serta memberi tekanan kepada Amerika Syarikat dan sekutunya.






